Friday, February 18, 2011

puisi buat mat sembab


ramai orang singgah di kampung kita
ramai orang datang ke kampung kita
semalam lewat di satu sudut

ada ceramah sedang bergegar
kita lihat wajah seseorang
di atas pentas itu
mukanya hitam

mulutnya terlopong
wajahnya berdaging

dari atas sampai ke bawah
ada tompok - tompok dibahagian kiri dan kanan


astaga!
itu siapa?
ketua kampungkah?
pegawai daerahkah?
JKKK kah?

lalu kau memberitahu aku

itulah tpm kita
itulah bakal perdana menteri
malikul sembab namanya

orang gelarkannya begitu

tidak tahu aku kenapa
barangkali kerana dia gemar mengeluarkan fatwa


semalam kita lewatpun dia sedang berfatwa

dia janjikan sebuah jamban-tan

dia janji itu dia janji ini

dia janji segala - galanya untuk kita

kalau menang hari ini
besok juga akan di bina sebuah jamban-tan baru
hebat!
sungguh hebat fatwa al - malikul sembab

bagaikan durian runtuh sedang jatuh secara tiba - tiba

untunglah kalau sepanjang minggu diadakan pilihanraya
pasti terbilang kampung kita

pasti kita akan jadi kaya - raya
kita minta itu boleh kita minta ini boleh
kita minta segala - galanya
orang lain kata kita ni kaki bodek kita peduli apa

orang kata ini rasuah politik kita peduli apa

orang kata ini hanyalah retorik kita peduli apa
orang kata ini hanyalah gimik kita peduli apa

kita hiraukan semua cakap - cakap sampah
apa yang kita mahu hanyalah kekayaan semata
sebelum ini kita hidup dengan kesusahan

sebelum ini kampung kita tiada pembangunan
sebelum ini daerah kita terkenal kerana kemiskinan
sekarang inilah waktu yang kita nanti - nantikan


hari ini kita 'ya'kan fatwa al - malikul sembab

besok kita undi calon pilihan mereka
lusa pula kita bakal jadi kaya raya
kawasan lain pergi miskin kita peduli apa
asalkan kita yang akan jadi kaya - raya

hebat!
betapa hebat fatwa al malikul sembab
sudah menjadi keramat dek janji yang dipuaka


Thursday, December 30, 2010

kehidupan

lama sungguh tak menulis. padahal kalau luang sedikit masa untuk menulis apa - apa berita mahupun cerita, apa salahnya. tidak ada sebarang halangan besar yang bisa menghalang untuk menulis di sini.

tangan ni tak berat pun nak menulis. kalau nak diikutkan, mahu saja saya menulis pelbagai kisah yang telah berlalu melewati masa, bermacam-macam. suka duka semuanya ada.

masalahnya, ketidakinginan sahaja yang menjadi punca. tu je.

oh ya, apa khabar kehidupan anda hari ini? harap baik sepertimana yang
selalu saya harapkan. saya lebih suka untuk memerhati kehidupan orang lain berbanding kehidupan diri sendiri. bukan sibuk2 untuk menjaga hal orang, tapi ingin mempelajari sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat untuk diri ini. yang baik, saya jadikan panduan berserta asas pegangan yang kukuh untuk kehidupanku.

life bagi saya, adalah susah. siapa berani kata kalau kehidupan yang dijalani itu senang sesenang senangnya. kecuali kalau dia tu anak raja, kan? mestilah senang. tapi hakikatnya kita ni rakyat biasa sahaja. rakyat marhean yang hidup mencari sesuatu yang terbaek demi kelangsungan hidup kita. hidup yang berlarutan sehinggalah ke peringkat yang terakhir sekali, di waktu nyawa kita sedang dicabut oleh malaikat.

kita tahu, hidup, hanyalah sekali, tidak ada istilah dua mahupun tiga dalam kehidupan ini. justeru, disebabkan kehidupan hanyalah sekali sahaja, serta tidak ada ulang-ulangan, maka kita mengkehendaki sesuatu yang amat bermakna untuk kehidupan tersebut.

susah sesusah manapun, kita hadapi, asalkan ianya memberi pulangan yang berfaedah untuk diri, keluarga, teman-teman bahkan juga masyarakat. kalau tidak ada pulangan untuk hari ini, mungkin akan ada di hari esok, lusa, ataupun di hari selepas kematian nanti. kita yakin dengan sepenuh keyakinan pada ketentuan ilahi. kalau buat sesuatu perkara kena pada kehendak tuhan, inshaAllah tuhan akan membalas dengan seribu ganjaran kepada kita kelak, betul tak?

suka untuk saya mengingat, kita kalau hidup di mana-mana destinasi sekalipun, kena hadapi dengan sebaik mungkin. baik seorang diri, bersama keluarga, bersama teman dan sebagainya, harus kita tempuh dan jalani dengan segala kudrat yang ada. kerana, harus difahami bahawa apa yang terselindung disebalik itu, kita telah ditakdirkan untuk memegang watak sebagai seorang yang bernama MANUSIA.

manusia yang dianugerahkan seribu keunikan serta dibekalkan elemen2 hebat seperti akal, roh, jiwa, fikiran, emosi, nafsu, dan lain-lain.

dan sebagai seorang muslim kita percaya, hidup yang dianugerahkan oleh tuhan kepada kita ini, haruslah dilalui dalam bentuk kefahaman yang jelas. fokus kepada kehidupan ini adalah menuju tuhan. kita diikat dengan kontrak sebagai hamba dan khalifah. justeru, harus memahami tanggunggjawab dan peranan yang sebenar sebagai seorang khalifah di bumi ALlah. bila memahami secara jelas dan teliti, inshaAllah kita boleh menggapai visi dan misi dunia yang akhirnya memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada hidup kita, baik di dunia mahupun akhirat nanti.

inshaAllah kita sama2 menuju ke arahnya.. yang penting, kita hidup dan jangan pernah berhenti melangkah, yang akhirnya bakal membuat kita tertewas dengan kehidupan yang kita lalui itu! :)



Friday, October 29, 2010

hidup berdikari

adala lecturer english aku bertanyakan 3 perkara yang kamu tidak boleh hidup tanpanya. rakan2ku menjawab pulse, make up, handphone, sikat rambut, kereta, pen, buku, dan sebagainya.

macam2! sementara aku, aku jawab mudah,

"saya tak boleh hidup tanpa atm bank card"

ops.

semua orang ketawa kecil. barangkali kerana aku tak beritahu terus tentang wang. hanya sekadar beritahu bahawa kad yang dimaksudkan itu adalah alat untuk mengeluarkan wang.

well, it's a simple answer, walaupun dalam bentuk kelainan, lolz. :p

atm bagiku, sangat penting. dalam hidup, ku anggap ia sebagai penemanku yang no 1. atas rasa cinta dan tanda setiakawan juga, ku akan bawa atm ni pergi ke mana2, supaya ia memudahkan aku untuk mengeluarkan wang andai sudah tiada wang.

inilah yang dimaksudkan oleh ku sebagai nyawaku. maknanya dari segi istilah di sini, aku tak boleh hidup tanpanya.

dalam kes ini, aku berlainan. hidup berdikari jauh daripada keluarga. siapa mahu tolong aku, siapa mahu bagi makan pada aku secara langsung. tidak ada.

yang boleh menentukan hidupku adalah diriku sendiri. dan apa yang paling penting, duit sebagai satu keperluan untuk ku meneruskan hidup. ia sememangnya wajib ada. andai sudah tidak ada duit, bagaimana mahu hidup di sini. sangat susah. mahu bergantung pada orang lain sepenuhnya? mustahil. orang lain pun hidup tanpa berkeluarga di sini. semua yang ada di sini bukanlah insan yang bergelar sebagai seorang pekerja. masing2 sedang belajar.

dan, aku di sini kalau mahu duit, duit itu tidak datang dalam bentuk yang nyata. maksudku ia tidak diterima melalui tangan yang hihulurkan oleh pihak lain, sama ada oleh kedua ibu bapaku, abangku dan lain2.

kalau mahu duit, pergi ke bank, kemudian 'cucuk' (istilah masa kini, lol), kemudian barulah dapat wang tersebut.

ha, sekarang ni pun tengah tunggu duit. duit salary masa kerja kat carrefour sebulan yang lepas. belum masuk lagi ni. haish... 3hb 11 nanti inshaAllah baru masuk.

kemudian inshaALlah akan dapat wang daripada ptptn pula. aku cuba bayangkan, kalau hidup pada zaman sekarang ini tanpa wang, bagaimanalah agaknya.

semuanya memerlukan wang di sana-sini. tidak ada yang percuma lagi.

maka betullah apa yang disebut oleh pepatah, "wang bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan wang"

ermm..... ;(

dah takda apa nak share di sini, klah, jumpa lagi, harap enjoy dengan story saya yang mengarut bahkan benar ini. hehe. babyee..


Sunday, August 15, 2010

hehe

apa khabar? rasanya tidak ada apa yang mahu diketengahkan. bukan sebab bosan, bukan sebab kehilangan idea. tapi kalau tulis di sini, saya rasa macam angin yang berlalu begitu sahaja.

kosong.

memang lama tidak menulis disini. sejak saya buka akaun fb, dah mula rasa tidak mahu menyinggah. blog dibiarkan begitu sahaja. semak. berlalang. nak tebas pun malas.

kadang - kadang singgah la nak tengok blog orang. baca mana yang saya rasa nak baca. hanya itu sahaja.

menulis, banyak faedahnya. apatah lagi untuk diri saya yang bakal bergelar reporter. atau lebih dekat lagi dipanggil wartawan siaran. apabila disebut sebagai wartawan siaran, ia lebih sinonim disebut sebagai seorang pengamal media.

seorang pengamal media harus mempunyai keistimewaan yang tersendiri. lain daripada yang lain. paling tidak pun kena ada sedikit penulisan ciptaan tersendiri, samaada berbentuk journal, artikel dan sebagainya.

memang saya minat menulis. menulis adakalanya mencerminkan diri kita. kita menulis kerana kita faham tentang ilmu itu. kita menulis kerana kita tahu situasi dan keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

ada orang menulis kerana mindanya kaya dengan idea. mahu dikongsi bersama dengan orang lain. ada orang menulis kerana ingin meluahkan perasaan. umumnya kaum hawa. emosi berlebihan. ada orang menulis kerana mahu meruntuhkan kepalsuan. mahu menentang segala apa yang tidak benar. mahu memindakan rakyat agar celik dan nampak akan kepalsuan itu. macam-macam niat dan hasrat seorang penulis itu.

terpulang pada mereka.

adapun bagi saya yang menulis, saya berniat hanya untuk berkongsi. samaada mengenai kisah hidup saya, ketidakpuasan hati saya terhadap isu-isu yang berlaku dan macam - macam lagi. namun yang menerujakan hati saya ialah saya dapat memperbaiki mutu dan kualiti penulisan saya, termasuk rungkai kata yang diguna, gaya bahasa, kesalahan ejaan dan sebagainya.

ini betul-betul imbuhan yang paling baik!

apabila kita menulis, seolah-olah kita minat pada bahasa ibunda kita. betul tak? hehe

dahlah. malas nak tulis panjang-panjang. dah lewat benar pagi ni. tinggal lagi 2 jam untuk bersahur. saya perlu tidur sekarang juga.

oh lupa, ramadhan ini, mari kita menjadi hamba. hamba yang ikhlas berbakti untuk agama, menjalankan perintah dengan penuh penghayatan demi mengharapkan redha.

jumpa lagi untuk penulisan yang akan datang. selamat bersahur, selamat tido. hehe:P