Bagaimana mood anda pada hari ini?
Ada bagus?
Ataupun kurang bagus?
Ataupun terlampau bagus? Emm.. Ape ape jelah.
Yang paling penting saya harap, mudah mudahan kehidupan yang anda jalani pada hari ini lebih baik daripada kehidupan pada hari semalam ataupun hari yang telah lepas
Mari kita dengar ungkapan Saidina Ali KarromaLlahu Wajhah (Kwj) ini :
"Manusia yang beruntung adalah manusia yang pada hari ini lebih baik amalannya berbanding hari semalam, dan manusia yang celaka adalah manusia yang pada hari ini lebih buruk amalannya berbanding hari yang semalam"

Hmm.. Macam mana, alangkah bertuahnya sekiranya kita selalu tergolong di kalangan orang orang yang beruntung, kan? Sekurang kurangnya kita telah mengevolusikan kehidupan kita, dari yang kurang baik kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik
Selain itu, dapatlah juga kita sentiasa memuhasabah diri, menilai dan menghayati dengan sebaik mungkin tentang perkara sia sia dan lagha yang telah kita lakukan pada hari kita menjalani kehidupan itu.
Kerana dengan itulah, kita akan rasa lebih 'confident' untuk menjalani kehidupan kita yang seterusnya
Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda semua perihal orang orang Kelantan. Memandangkan saya nie pun yang asalnya orang Kelantan, berdarah keturunan Kelantan, asal usul serta lahir di Kelantan, maka saya rasa terpanggil untuk mencerita serba sedikit perihal kehidupan, bahasa, adab, sikap, tatatertib, dan gaya (style) orang orang Kelantan ini. Cerita mengenai orang Kelantan yang terdahulu, dan cerita mengenai orang orang Kelantan pada masa kini.
Alangkah manis jikalau sekiranya kita semua dapat berkongsi bersama, mengetahui selok belok tentang kehidupan serta adab perilaku masyarakat di negeri masing masing.
Untuk apa itu semua?
Terlalu banyak manfaatnya kita akan perolehi.
Bukankah kita semua ini bersaudara? Bukankah Tuhan telah mencipta setiap hambanya yang terdiri daripada berbagai bagai suku sakat dan bangsa bangsa yang berlainan adalah dengan bertujuan untuk saling kenal mengenali?
Kan lebih elok kalau kita meyahut seruan Ilahi ini. Dengan itu, barulah masyarakat dapat hidup dalam keadaan tenteram, aman dan sentosa
Tok Guru Nik Aziz selalu menjelaskan begitu. Ada mungkin kita semua ni adalah kaum kerabat yang paling hampir. Ada mungkin hubungan di antara kita semua ini hampir kepada 2000 pupu, 1ooo pupu, 100 pupu, ataupun 20 pupu. Haa, kan bersaudara tu.
Emm.. Dan apa yang harus kita kena ingat adalah, kita semua ni asalnya dari keturunan yang satu, iaitu keturunan Tok Adam dan Tok Hawa. Melayu baik, China baik, India baik, Orang Asli baik, Afrika baik dan sebagainya lagi, semuanya berasal dari keturunan yang sama.
Sama sama manusia, sama sama menjadi hamba kepada ALlah swt. Sama sama menjalani kehidupan di dunia dan sama sama akan menjalani kehidupan di hari akhirat kelak dan sama sama akan di adili oleh ALlah swt. Cuma yang membezakan kita hanyalah satu perkara sahaja yakni; amalan kita.
...............................................................................,,,,,,,,,,,
Kisah pertama yang ingin saya kongsikan bersama adalah mengenai gaya bahasa yang digunakan oleh orang orang Kelate.
Umum mengetahui bahawa dialek Kelantan ni pelik dan sukar untuk difahami. Kalau sesetengah orang itu, bila dengar jer dialek Kelate ni, pasti nak tertawa, kan. Betul tak orang orang KL? Betul tak orang orang Melaka dan orang Johor? Loghatnya bukan sahaja menjadi bahan tawaan orang tetapi pada masa yang sama boleh menghiburkan hati.Tapi bukan dailek yang ingin saya perjelaskan, tetapi bentuk dan gaya bahasa yang diluahkannya. Gaya bahasa inilah yang melambangkan keperibadian dan budi perkerti yang baik di kalangan orang orang Kelantan.
Contohnya seperti peristiwa yang saya alami ini :
Peristiwa ini berlaku pada penghujung Bulan Ramadhan yang lepas yang ianya berlaku di Dewan Qaryah Ramadhan, Kota Bharu. (Dewan tertutup untuk orang ramai solat sunat tarawih),
Pada hari itu, hampir seribu orang memenuhi dewan solat bagi menunaikan kewajipan untuk menunaikan sembahyang sunat Tarawih. Seperti biasa, imam pada hari itu adalah imam jemputan yang didatangkan khas dari Mesir
Bila selesai sahaja sembahyang tarawih dan doa selepas daripada itu, masing masing kelihatan berebut rebut untuk pergi ke hadapan saff paling hadapan sekali. Rupa rupanya, ahli qariah berebut untuk mendapatkan beberapa helaian kertas yang yang diedarkan oleh salah seorang pegawai (kemungkinan Bilal).
Kertas itu berlatarbelakangkan beberapa ayat ayat suci yang dinukilkan dalam bentuk doa penerang hati.
Oleh kerana kertas doa yang di edarkan ini bukanlah banyak, maka dengan sebab itulah ahli qariah berebut rebut mahu mendapatkannya.
Dalam keadaan melihat situasi seperti itu, tiba tiba Bilal tadi menggapai pembesar suara lalu melaungkan dengan bentuk bahasa yang penuh dengan hikmah dan kesopanan :
Beliau berkata :
"Ok ok ok ok.. Toksoh berebut laa.. Masing masing ake buleh eh.. Ke orang Kelate ni jughuh jughuh belako.."
Terjemahan :
(Ok ok ok ok ok... Tak Usahlah kita berebut rebut.. Masing masing akan dapat selepas ini.. Kan kita orang Kelantan ni baik baik belaka)
Begitulah kata kata yang telah dilafazkan oleh Bilal terbabit. Sebaik sahaja mendengar nasihat dari Bilal itu, masing masing kelihatan beratur. Kali ini, mereka dilihat dalam keadaan yang penuh berdisiplin bagi mahu mendapatkan helaian doa tersebut.
Itulah yang saya maksudkan dengan gaya dan bentuk bahasa yang diluahkan. Ada hikmah. Perkataan dalam bentuk memuji demi untuk mendisiplinkan orang ramai.
................................,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,........................................
Dengan demikian, cukuplah hanya satu cerita sahaja yang mahu saya kongsi bersama dengan anda. Ada banyak cerita lagi sebenarnya, tapi, sudah terlalu panjang saya menulis, kot kot tak ada orang mahu membaca.. Huhu
Tapi, saya galakkan anda membaca, kerana mana mungkin satu hari nanti anda akan dipertemukan jodoh dengan orang Kelantan. Maka, beruntunglah....
InsyaALlah, di lain masa kita ketemu lagi di dalam siri yang kedua. Minta keramahan dari anda untuk komen @ pun kongsi bersama akan cerita cerita berkaitan dengan orang Kelate ini.
Terima Kasih budiman, Terima Kasih budiwati.
WaLlahu 'Alam..