Anda cuba bayangkan sekiranya anda telah bersumpah dengan nama ALlah bahawa anda
tidak melakukan apa - apa kesalahan besar terhadap sesuatu perkara yang telah anda lakukan itu. Anda melakukan melalui cara sedemikian kerana anda tahu bahawa itulah jalan terakhir untuk menafikan kepada orang ramai yang anda benar - benar tidak terlibat di dalam melakukan perbuatan tersebut.
Anda yakin dengan bersungguh-sungguh dengan lafaz sumpah yang anda kemukakan dan anda tidak mungkin sama sekali untuk menariknya mahupun menidakkannya kembali.
Sekarang, mari kita imbau kembali terhadap kes yang anda alami itu dengan kes yang telah dialami oleh Mr Balasubramaniam a/l Perumal (seorang bekas penyiasat persendirian) .
01 Julai pada tahun yang lalu, Balasubramaniam telah membuat akuan bersumpah dengan mengunjurkan beberapa persoalan yang mengatakan bahawa Dato Seri Najib Tun Abdul Razak sememangnya terlibat dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibu pada tahun 2006. Dia mendedahkan akuan bersumpahnya itu pada 03 Julai 2008, kemudian menariknya kembali pada 04 Julai 2008 (hanya selang sehari).
Atas alasan apa sebenarnya akuan bersumpah itu ditarik kembali? Mustahil kalau isi kandungan yang berjela - jela ditulis oleh Subramaniam itu ditariknya semula dengan memadam peristiwa - peristiwa yang ada kaitan dengan DS Najib Tun Abdul Razak.
Kenapa hanya menafikan penglibatan yang ada kaitan dengan DS Najib sahaja, dan bukannya Razak Baginda, Sirul Azhar, mahupun Musa Safri?
Anda boleh bayang tak bagaimana buruknya akaun bersumpah itu setelah menarik kembali beberapa kenyataan yang ada kaitan dengan nama Dato Seri Najib, sama hal juga seperti anda menarik kembali lafaz sumpah yang telah anda lakukan itu.
Mesti ada something wrong....
Persepsi macam - macam dan keraguan itu mula timbul sehinggalah menjelangnya tarikh 12 November 2009.
Semuanya dijelaskan oleh Mr Sumramaniam di dalam you tube ini :
Nah! Sekarang, kita telah tahu apa jawapannya. Tunggulah kepada episod yang seterusnya.
Siapa sebenarnya yang terlibat dalam kes pembunuhan ini dan siapa sebenarnya yang menjadi dalang utama kepada kes ini. Tunggu dan nantikan sahaja bagaimana kesudahannya... Jeng-jeng-jeng..
Berkaitan :

0 comments:
Post a Comment