Wednesday, November 11, 2009

Dah tahu join GMS, tetapkanlah pendirian.....!

Anda tahu bahawa anda adalah barisan kepimpinan yang sedang menduduki kerusi no. 2 selepas presiden. Anda tergolong di dalam proaksi itu setelah anda dipilih secara umum oleh seluruh mahasiswa kampus melalui pilihan raya kampus yang telah diadakan.

Kemudian, anda yakini bahawa perjuangan anda di dalam proaksi tersebut adalah satu-satunya untuk membawa suara mahasiswa demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.

Tiba-tiba anda keluar secara tidak rasmi daripada proaksi itu dan muncul di dalam satu gerakan pembangkang baru yang tidak berdaftar lalu berjuang bersama - sama gerakan tersebut ke arah menuntut hak atas satu isu yang anda sendiri tidak bersetuju.

Anda lakukannya kerana anda sudah tidak
lagi yakin dengan perjuangan proaksi asal anda itu untuk membawa serta menyelesaikan isu tersebut dengan jayanya.

Anda pergi dari bilik ke bilik mengedarkan borang survey, anda melaungkan suara kebangkitan menerusi demonstrasi, anda membuat kenyataan media dan anda membina hubungan yang utuh bersama para pimpinan gerakan tidak berdaftar itu.

Dengan cara dan tindakan anda yang berani itu sedikit sebanyak mendatangkan pengaruh yang besar buat para mahasiswa yang selama ini mendokong perjuangan anda, lalu mereka beramai - ramai menyatakan sokongan dan berjuang bersama - sama anda menerusi gerakan baru tersebut.

Dua tiga hari berlalu, di dalam sesuatu majlis yang dihadiri oleh hampir keseluruhan para mahasiswa berserta dekan - dekan dan timbalan rektor bagi mendengar dan menjelaskan segala isu yang berkait rapat dengan apa yang anda perjuangkan itu, tiba - tiba anda dilihat kembali bersama proaksi lama anda dan anda tampil di pentas hadapan bersama barisan - barisan kepimpinan.


Apa punya bodoh dengan tindakan anda ini? Apa jenis perjuangan yang anda ceburi sebenarnya?

Anda tahu bahawa gerak kerja yang dilakukan oleh ke dua - dua pertubuhan ini adalah berlainan sama sekali dan dilihat seperti bermusuhan walaupun pada hakikat yang sebenarnya mempunyai ideologi yang sama.

Sekarang, anda tampil pula di pentas hadapan bersama gerakan asal anda di dalam majlis penghuraian dan penjelasan justeru anda dilihat seperti manusia yang langsung tidak bersuara.

Anda dihadapan seperti patung yang membatu sedangkan ramai memerhatikan anda.

Apa anda tidak terfikir ke dengan perbuatan yang anda lakukan ini?

Lebih parah lagi sebaik anda di desak oleh beberapa orang mahasiswa bagi menyatakan pendirian sebenar sama ada anda menyokong GMS (Gerakan Mahasiswa Sedar) atau MPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa), anda menjelaskannya dalam bentuk huraian yang menimbulkan seribu keraguan.

Jawapan anda langsung tidak menunjukkan bahawa anda berada di pihak GMS ataupun MPM kerana disebalik itu anda memuji pula tindakan yang telah dilakukan oleh pihak MPM kononnya mereka telah melakukan sesuatu perkara yang benar - benar memuaskan semua pihak.

Apa punya pendirian anda ini? Apa punya potensi anda selama ini? Sekejap anda sokong GMS dan sekejap anda beralih sokongan semula terhadap MPM.

Apa jiwa anda sudah menjadi pengecut ke?

Anda tahu tak dengan reputasi yang anda bawa selama ini telah membawa perubahan yang besar kepada hampir keseluruhan para mahasiswa yang bangkit untuk bersama - sama berjuang menentang isu ini.

Dengan suara yang
anda gegarkan, dengan segala gerak kerja anda lakukan dan dengan segala akal-budi beserta akhlak mulia yang anda pamerkan telah mendatangkan keyakinan yang teguh di dalam jiwa para mahasiswa bahawa andalah seorang pejuang yang benar - benar meyakinkan serta mampu membela hak - hak mereka.

Tetapi hari ini, dengan tindakan anda yang tidak bijak ini terus mendatangkan kekecewaan buat mereka. Anda telah melunturkan semangat mereka terhadap perjuangan ini, dan anda telah menghilangkan keyakinan dan juga rasa hormat mereka terhadap anda dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).

Keyakinan mereka bersama gerakan ini menurun sekaligus secara drastik.

Cuba anda bayangkan jikalau anda menyatakan pendirian yang teguh dan berani bahawa anda seratus peratus telah menyokong GMS dan anda akan meletak jawatan sebagai Tim. Presiden MPM.

Kemudian, anda bersama barisan kepimpinan GMS berganding bahu menggerakkan seluruh mahasiswa ke arah menuntut perubahan itu dan mungkin dengan cara sebegini akan mendatangkan satu keputusan baik di dalam menggalas hasrat yang diinginkan.

Mana tahu rentetan hari-hari yang berlalu, tiba-tiba terdengar akan apa yang anda dan mereka perjuangkan selama ini telah mendatangkan walhasil dan kejayaannya.

Tetapi malang, kita dengar hari ini keputusan adalah sebaliknya...

Anda pun tahu apa jawapan putus yang telah diberikan oleh pihak pengurusan justeru ia sama sekali menidakkan resolusi perjuangan yang telah anda lakukan melalui cara berdemonstasi tersebut.

Sekarang apa sudah jadi? Harga yuran tidak turun dan tindakan tatatertib kolej beserta AUKU (pindaan baru 2009) akan diambil.

Apa yang saya harapakan semoga ALlah melindungi kalian semua....

Berkaitan : Ya ALlah, berkatilah gerakan ini.. (reformis jalanan)

5 comments:

bicarafakta said...

Salam,

Untuk membicara isu yuran KUIS, sila layari blog ini dan sila beri komen:

http://www.mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/

Isu ini tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Mohon untuk selami isu ini dengan sewajarnya supaya ia ditangani dengan baik dan berkesan.


Wassalam

Anonymous said...

tolong jelaskan pasal biasiswa ditarik, praktikal digantung, pensyarah nangis...benar atau x? pelajar butuh jawaban...kami keliru antara GMS dan GKM...kami benar menyokong GMS tp akibat keraguan ditimbulkan, kami turut meragui...cepat, tetapkan hujah anda!!!!

Nikjoe said...

anony,

saya belum mendapat kepastian sekiranya ada dari kalangan pensyarah yg menangis akibat daripada tindakan GMS. biasiswa tidak ada sapa yg ditarik krn sudah dijelaskan oleh Mr Subari tempoh hari (Dekan JPM). you kalau dgr mana2 ttg biasiswa di tarik, it is only a rumors n this has not happened. ttg praktikal digantung ya, saya tak nafikan memang ada.

suka untuk saya bgtau bhw saya sekadar penyokong sama seperti anda juga, dan bukannye penggerak utama kpd gerakan tersebut, so jgn tnyer saya. silalah tnyer pada presiden GMS

arrazzi alhafiz said...

Ummi Siti Zaharah, pensyarah Jabatan Quran & Sunnah adalah seorg yg komited dengan mahasiswa. Semua dari kita sangat kenal dengan Ummi.

Namun tahukan kita bahawa Ummi skrg tidak berapa sihat kerana perkembangan yang berlaku ini.

Ummilah sumber inspirasi kami berjuang dan terus berjuang. Nasihat dan tutur katanya sangat kami nantikan. Namunsemua itu mungkin hanya kenangan.

Tangisan Ummi tempoh hari tiada siapa yang peduli. Yang menggelarkan diri pejuang mahasiswa itupun tidak peduli.

Kini Ummi yang usianya sudah melewati setengah abad itu gering dek kerana kerakusan kita dan tidak telitinya kita mengusun strategi dalam berjuang.

Ust. Farid Ravi B. Abdullah. Satu Malaysia kenal siapa peribadi ini. Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD) ini juga berang dengan perkembangan yang berlaku. Tak percaya? Hubungi atau berjumpa sendiri dengannya.

Orang arif dan pakar dalam bidang Hadis Rasulullah saw ini memilih untuk tidak condong kepada GMS? Adakah orang ini tidak faham tentang keadilan dan kebenaran?

Jelasnya semua orang mahu harga turun. Usaha-usaha untuk itu terus berjalan. Tapi methodnya yang menjadi tanda soal buat kita.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇