Friday, November 20, 2009

Halo Rais, you hina Islam tidak mengapa

Bos pengkhianat tangkap sama pengkhianat.
Saya merujuk kepada ulasan berita yang dilaporkan oleh mStar Online hari ini :

SKMM Siasat 71 Kes Penyalahgunaan Internet Sebar Kandungan Lucah, Palsu dan Hina Islam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat 71 kes penyalahgunaan internet bagi menyebarkan kandungan lucah, palsu serta menghina Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata daripada jumlah itu, lapan kes telah dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan yang menghina seseorang.

"Seorang telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM10,000 dan mahkamah telah mengenakan syarat syarat tertentu yang lain, manakala tujuh tertuduh lagi sedang menunggu perbicaraan," katanya semasa menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Rais berkata tujuh kes pula terbabit dengan menyebarkan kandungan menghina Islam, termasuk satu kes di mana suspek yang telah pun dikenal pasti, melarikan diri bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

Seketika, saya teringat kepada satu bentuk ucapan Rais yang dikatakan sama juga menghina Islam sepertimana yang diulas oleh Tuan Guru Nik Aziz menerusi blognya :

BEBERAPA KENYATAAN MENGHINA ISLAM OLEH PEMIMPIN UMNO DAN AKIBATNYA

Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:

i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:

“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

Sekarang nak kata apa.? Halo Rais, jangan bikin onar. You yang menghina Islam terang - terang disebalik ucapanmu yang menjurus kepada prinsip kesamaan (equality), sekarang you mahu tangkap orang yang dikatakan menghina Islam.

You dengan mereka apa beza.? Blame it on yourself, man!

p/s : Tolonglah jangan bodohkan Melayu lagi, sudah banyak kali Melayu diperbodohkan.

1 comments:

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

" ALQUDS TRAVEL FAIR 2009"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall Kota Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!