Sunday, November 22, 2009

Jangan bermenung, silakan bertanya pada Lebai Google bin Mat Yahoo

Hari ini perangainya semakin menjadi - jadi. Perangainya semakin bertambah pelik.

Kalau semalam merapu - rapu keseorangan, hari ini dia sudah pandai menggaru bontot di hadapan khalayak ramai.

Kadang-kadang, dia mengusap-usap kepalanya yang separuh botak itu. Tidak tahu kenapa

Dia sudah tidak malu lagi. Dia bingung. Dia buntu mencari jalan penyelesaian bagi membuang segala kemelut yang selalu menghantui dirinya.

Apakah punca disebalik bala yang menimpa ke atas dirinya itu. Dia hanya menggelengkan kepala, sebagai jawapan ke atas persoalan yang diajukan itu.

Kawan - kawan semakin resah memikirkan dirinya. Mengapa tidak, sebelum ini dia dilihat girang, dia bagaikan taman yang menguntunkan senyuman kemboja. Dia mengeluarkan haruman. Dia menghadiahkan wangi-wangian. Dia mengizinkan bunga-bunganya yang berkembang layu dipetik orang. Silalah bertanya pada si Romeo dan Juliet, dialah yang menghiburkan hati si ke dua mempelai itu, di saat mereka berdua bermain sorok-sorok di taman bahagianya itu.

Petang ini dia termenung. Fikirannya panjang memikirkan sesuatu. Matanya bulat sebulat-bulatnya. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena lagi.

Perlahan - lahan ku menegur dari belakang. Dia melihatku dalam pandangan yang menembusi jiwa. Aku takut, aku takut... Lalu, dia mula membuka bicara. 

Bagaimana mahu mencari jawapan ini...? Bicaranya lembut dan sederhana. 

Apa? Soalku selamba sambil dahi berkerut kerut.

Ini.... Persoalan pasal mitos ini?

Oh, kah kah kah.. Ops sori tergelak! Nanti sekejap saya bawakan laptop. Kita cari jawapan di dalamnya.

Ok sudah di'on'kan dan kamu bisa guna. Sekarang, kamu taip dan silalah bertanya pada Lebai Google bin Mat Yahoo ini. Dia bisa membantu kamu segala-galanya..

Kah Kah Kah Kah. Selamat berhujung minggu buat kamu... Lawak tak cerita saya, tak kan?

1 comments:

Anonymous said...

vwry sweet and candid..