Monday, November 30, 2009

Jangan bohong dan hipokrit la Najib


Najib hari ini memberitahu media bahawa :

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan. Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain"

Najib turut memberitahu segala isu boleh dibincang untuk mencari jalan penyelesaian, dan bukannya digunakan untuk mencetus pergaduhan.

Ciss.. Berapa banyak sudah berbohong la PM 1Malaysia ini.. Kalau apa yang dikatakan sama antara wang royalti dengan wang ihsan, tidaklah orang dok riuh sana - sini bagi membangkitkan isu ini.

Adakah Najib tidak tahu mengenai surat yang telah diutus oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz agar diadakan debat bagi membincangkan isu royalti tersebut?.

Dan adakah Najib juga tidak tahu mengenai pelawaan debat terbuka yang telah dikemukakan oleh saudara Salahuddin Ayub kepada Dato Seri Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Eeee, makin banyak bercakap, makin terbuka pekung di dada. Tidakkah kita tahu bahawa semua ini adalah dolak - dalih disebalik penafian hak wang royalti ke atas seluruh rakyat Negeri Kelantan.

Hey, stop being a compulsive liar la...

Berkaitan :

  1. Royalti: Nik Aziz akan hantar surat kedua kepada Najib (Malaysia Today)
  2. KENYATAAN MEDIA : “Isu Royalti Minyak Negeri Kelantan” (Presiden PAS)
  3. Isu Royalti Petroleum Kelantan: Salahuddin cabar debat dengan Menteri

Sila lihat video panas berkaitan pembohongan dan dolak - dalih para pemimpin UMNO berkaitan isu royalti ini :