Saturday, November 14, 2009

Mari saya tonjolkan kebodohan Utusan Malaysia

Anda cuba bandingkan ke dua - dua gambar yang saya paparkan dan cari di mana perbezaan  yang ada antara ke dua - duanya. Sila kemukakan jawapan yang benar dan saya akan kemukakan beberapa persoalan yang perlu di nilai di dalam kita memahami situasi sebenar yang berlaku pada masa kini :

1. Kenapa perkara sekecil itu pun harus disembunyikan daripada pembaca? Adakah takut jikalau timbul persepsi dari kalangan masyarakat yang mengandaikan bahawa warga emas yang disyaki membunuh isterinya itu adalah dari kalangan penyokong Barisan Nasional?

2. Media massa mana yang selama ini selalu memperbodohkan bangsa kita agar terus dibiarkan tertipu selamanya?

3. Adakah wajar Pak - Pak Menteri daripada gerombolan (UMNO) yang selama ini mengesyorkan rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan media baru yang diusahakan melalui blog, tidak perlu terpengaruh dengan budaya politik pembangkang, dan tidak perlu terpengaruh dengan risalah-risalah memburukkan kerajaan kerana dari situlah timbulnya pembohongan yang nyata seterusnya membawa kepada fitnah yang berbahaya?

Nah! Sekarang, siapa yang sebenarnya menjadi kaki pembohong dan selalu menyembunyikan fakta yang benar daripada kita semua. Siapa sebenarnya yang selama ini menjadi pengacau bilau kepada bangsa kita? Siapa?

Saya belajar bidang komunikasi massa dan saya belajar sesuatu hal yang ada hubung kait dengan bidang kewartawanan dan media. Dari kedua - dua hal itu, saya tahu apa dan bagaimana kesannya kepada masyarakat dan bagaimana persepsi itu timbul setelah fakta melalui laporan berita itu muncul.

Usahlah menjadi media yang bodoh di zaman ini. Di mana - mana pun kebenaran pasti akan terbit jua. Terima kasih Ronald Reagen, hee~

Berkaitan : Sila teka apa yang hilang - dapat RM10 juta (Tukat Tiub)

5 comments:

mujahid said...

salam alaik.. mantap2 ...dlu ingatx cd ttng ayah pin, alkisah seorng sahabt berkta, salah satu sbb k'jaan hramkan pengedaran vcd tu krana ada pengikut ayh pin yg melalut2 cium ayah pin tu pakai baju dacing.. klu yg pakai bju PAs or t.gru konfem halal vcd tu..hheeh

MUJAHID MUDA said...

klu nk kepastian pasl vcd ayah pin tu, sila recheck balik, tngok vcd tu, xpon search jer dalam youtube.

نيك حافيظول said...

oh ye ker...? tak tahulah pasal VCD ini? tapi gambar seorang pengikut ayah pin pakai baju lambang dacing memang ada, saya pernah tengok..

oooo rupanya begitu erk. thanks atas info ini.

MUJAHID MUDA said...

xperanh tengok ke VCD ayah pin? kena cari tu.. berinagt skit.. benda haram tu hehehee

Nikjoe said...

kah kah kah kah.
tangkap ayah pin dulu baru leh tangkap aku kah kah kah