Thursday, November 19, 2009

Percayalah! Sistem kita pasti hancur akibat amalan rasuah yang tiada kesudahan

Cuba beritahu saya secara teliti dan benar.

Di mana letaknya kehebatan tulen oleh sebuah negara yang diberi jolokan dengan nama Malaysia ini?

Adakah dikatakan hebat setelah melihat pada pembangunan yang begitu pesat membangun di mana - mana kawasan kota dan penempatan bandar yang ada?

Ataupun, adakah kerana Negara ini masih mampu mengekalkan keharmonian hidup yang dibentuk oleh masyarakat berbilang - bilang kaum di negara kita, dan begitukah yang dikatakan hebat?

Kalau itulah nilaian yang dipertaruhkan menunjukkan kepada kehebatan, saya tidak menafikannya walaupun secara keseluruhan saya tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Tetapi, adakah itu perkara utama yang perlu kita bangga-banggakan sedangkan musuh utama yang selama ini menjadi perosak kepada bangsa dan Negara kita masih lagi terus melanda Negara ini?

Usah berbicara panjang dalam hal ini.

Lihat saja pada indeks persepsi rasuah (CPI) terkini yang baru sahaja dikeluarkan, menunjukkan bahawasanya ranking yang dipegang oleh Negara kita masih terus menjunam sejak perangkaan ini mula dinilai daripada tahun 2001 lagi.

Anda lihat betapa buruknya Malaysia di mata dunia setelah indeks ini senantiasa meningkat saban tahun, menggambarkan bahawasanya masyarakat kita gemar melakukan rasuah sehinggakan tidak ada perubahan ketara ke arah pemulihan yang positif ini.

Jangankan pula ada menteri bodoh yang akan mengeluarkan fatwa nanti, 

"Sebenarnya pencapaian ini boleh dibanggakan sebab kita berada para ranking yang ke-56 daripada 180 keseluruhan Negara yang dinilai kah kah kah"

Percayalah! Sekiranya indeks rasuah ini masih tidak berubah setelah dibuat perangkaan pada setiap tahun yang mendatang, Negara kita pasti akan mengalami satu perubahan yang menjurus ke arah kehancuran Negara kerana ia akan dimusnahkan oleh sistem yang ada di dalam mana-mana bentuk pengurusan dan pentadbiran itu.

Kalau anda katakan keji kepada mereka yang mengamalkan rasuah, nyahkan segera mereka dari bumi ini. Tolok parti yang mengamalkan budaya rasuah dan undi mereka yang dilihat bersih dan tidak pernah mengamalkan budaya rasuah. 

Berkaitan :

  1. M’sia slides 9 places to 56th spot in 2009 Corruption Perceptions Index
  2. Rasuah bukan kesalahan undang-undang, hanyalah kesalahan teknikal-Najib (MalaysiaKini)

1 comments:

PutraRocker said...

WE WERE WARNED...!o_O