Sunday, November 15, 2009

Teguran buat MP Shah Alam

Baru - baru ini heboh kedengaran di sana sini mengenai satu isu yang disifatkan ramai sebagai bertentangan dengan ajaran Islam kerana dikatakan sanggup mempertaruh dan menggadai maruah wanita sebagai kaedah untuk mengikat jaminan kesetiaan terhadap parti yang disertainya.

Siapa sebenarnya menjadi pencetus utama terhadap isu yang menjadi kontroversi sebelum dijelaskan sepenuhnya oleh Setiausaha Agung PAS (Dato Mustafa Ali) pada sidang media dua hari yang lepas? (lihat video di atas)

Tidak lain tidak bukan ialah Ahli Parlimen Shah Alam juga merangkap YDP PAS Kawasan Shah Alam, YB Ir Khalid Abdul Samad.

Kenapa begitu mudah sekali beliau mendedahkan lafaz taklik cerai dalam baiah ini kepada orang ramai dan seterusnya menjadi bahan hebahan media kepada umum?

Adakah beliau tidak tahu bahawa PAS pada masa kini diserang bertubi tubi dari segenap penjuru gara-gara timbulnya 'persepsi' yang amat mencurigakan daripada pemikiran masyarakat yang mempunyai pemahaman yang berbeza - beza?.

Selama ini mana janji dan adab di dalam jemaah yang perlu dipelihara, yang perlu dirahsia dan dihazarkan adakah beliau tidak tahu semua ini, sedangkan sesiapa pun yang terlibat di dalam perjuangan di dalam PAS harus mengambil tahu dan belajar keseluruhan berkaitan hal ini.

Sekarang, kita berbicara soal persepsi. Apabila wujudnya persepsi yang negatif daripada masyarakat, natijahnya.. Tidak akan ada lagi kepercayaan langsung mereka terhadap perjuangan PAS.

Untuk itu, tiadalah amarah kenyataan yang dikemukakan ini tetapi sebagai satu teguran bahawasanya rahsia dan adab di dalam jemaah haruslah digenggam erat dan dijadikan kunci dalaman supaya ia tidak terlepas ke tangan musuh yang sekian lama mencemburui perjuangan yang dilakukan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). 

Berkaitan :

  1. Dasar Baiah PAS Jika Benar Berlaku Menjadikan Wanita Bahan Dagangan, Pajakan dan Gadaian - Zulkifli Noordin (Mstar Online)
  2. Khalid Samad akui silap dedah wujud amalan baiah taklik dalam Pas (berita harian)

3 comments:

Reformis Jalanan said...

Maaf. Kenapa Khalid Samad perlu disalahkan? Apa bukti saudara mengatakan bahawa beliau yang memulakan isu bai'ah ini? Saya nasihatkan saudara supaya "mengembara" lagi di alam cyber ataupun di luar untuk mengetahui cerita sebenar. Isu bai'ah ini bukan dicetuskan oleh YB Khalid. Saya ada rakaman oleh orang yg bertanggungjawab membocorkan isu bai;ah ini kepada umum, lebih2 lagi kepada blogger UMNO. Saya berharap lain kali saudara selidik dahulu sebelum melaporkan di dalam blog, tersalah fakta boleh membawa fitnah. Terima kasih.

نيك حافيظول said...

lor bro.. bukankah telah dijelaskan oleh yb khalid di dalam mana - mana media yg ada.. buktinya saya telah tonjolkan dalam ulasan itu. lihat yg 'berkaitan' pada laporan oleh berita harian or mana mana media yg arus perdana yg berkaitan. saya melihat dari sudut itu krn isu ini mula timbul daripada luahan kata yb khalid sendiri, bukankah begitu?.

terima kasih atas penjelasan drp bro

نيك حافيظول said...

saya tahu akan rakaman itu tetapi belum tentu lagi rakaman yg ditononjol adalah datangnya suara Dr Hassan Ali dan Ust Nasha justeru ia tidak memperlihatkan wajah kedua2nya sekali. Fitnah ada di mana - mana dan saya tidak sebarkan fitnah krn sya mengulas berdasarkan apa yg dinyatakan oleh yb khalid sendiri melalui media massa yang melaporkannya, sekian..