Monday, November 16, 2009

Teruskan agenda menentang musuh


Siapakah aku untuk membicarakan soal hak dan kebebasan. Siapakah aku untuk membicarakan soal penindasan dan kezaliman.

Silalah buka jendela dan pandang ke luar sana. Lihat, betapa ramai yang berani bertempur kerana ingin menjulang kebenaran. Betapa ramai yang berani melawan kerana ingin menlenyapkan sebuah kota keangkuhan.

Dan kenapa aku harus membiarkan diri aku diam membatu sahaja seolah - olah senang melihat apa yang berlaku di sekeliling maya?.

Musuh tidak pernah berhenti merancang sesuatu disebalik agenda yang telah disusun. 

Soalnya, masa depan kita di tangan siapa? Siapa yang bakal mencaturkan sebahagian daripada institusi sosial yang ada? Siapa yang akan menjadi pemimpin di kala budaya rasuah sedang berleluasa?.

Usah lah bercakaran membongkar rahsia sesama kita lagi. Teruskan agenda yang telah disepakati bersama dahulu. Berjuanglah menentang mereka yang selama ini tidak pernah henti - henti menyakiti hati kita serta telahpun menanamkan tekad untuk terus mengekalkan takhta buat selama - lamanya.  

0 comments: