Tuesday, December 01, 2009

Kenali mereka yang berfahaman rasis

Malaysian Insider hari ini melaporkan ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz bahawa :

“Kami bersetuju untuk menyusun semula BTN kerana sukatannya bertentangan dengan konsep 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.” 

Bagus, bagus.. Inilah sebenar-benar kenyataan yang mahu didengari oleh semua kaum di bumi Malaysia. Jujur di dalam berkata-kata dan tiada dolak-dalih mempertahankan isu yang dikatakan mempunyai unsur yang bersifatkan doktrinasi dan perkauman. Menteri yang bagus adalah menteri yang menunjukkan sesuatu yang benar baik di dalam berkata-kata mahupun dalam tindakan.

Tetapi, bagaimana pula dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato Seri Hishamuddin Tun Husin Onn yang berbeza pendapat menerusi kenyataan Dato Seri Nazri Aziz.

Ini ucapan Hishammuddin :

"Saya pun tidak faham. BTN ini dah wujud lama, kenapa sekarang baru nak timbulkan... mungkin juga mereka bimbang BTN ini pendekatan yang betulbetul berjaya dalam kita hendak membina sebuah negara bangsa dan dalam konsep 1Malaysia"

Ini ucapan Muhyiddin Yassin :

"Jikalau dia (Selangor) tidak mahu, tidak mengapa. Kita tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat,"

Sekarang, kita berhak untuk tahu siapa sebenarnya yang mempunyai fahaman yang betul-betul rasis di sebalik penafian kononnya Biro Tata Negara adalah selaras dengan konsep 1Malaysia. 

Apa nak jadi dengan si anak kecil jangan bermain api...