
Siapa gerangan Tuan Guru Haji Lah di dalam memberi kenyataan berhubung tindak - tanduk Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kononnya menyimpang dari landasan Islam sebenar melalui kepimpinan sebagai seorang Mursyidul Am dan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan.
Dua kenyataan yang dihamburkan pada hari ini dan juga lewat beberapa hari yang lalu melalui media Utusan Malaysia, boleh saya sifatkan sekadar mahu mencari publisiti semata-mata.
Saya tidak ingin membuka pekung ulama ini secara keseluruhan kerana kesemua penduduk di Kampung Geting sememangnya sudah tahu dan kenal dari awal lagi Tuan Guru Hj Lah ini.
Saya juga merupakan anak jati kelahiran Kg Geting dan tahu selok belok di sebalik identiti dan perangai Tuan Guru Hj Lah yang disifatkan penduduk sebagai 'kerah keng' dalam mempertahankan pendiriannya yang kononnya hebat di dalam hukum - hakam agama sehinggakan menjaja kehebatannya ke seluruh ceruk-ceruk kampung melalui ceramah yang disampaikannya.
Adapun satu isu yang selalu diungkit-ungkit oleh beliau adalah mengenai isu tupai (isu lama yang dibangkitkan oleh TG Nik Abdul Aziz) samaada tupai yang dibahaskan itu boleh dimakan ataupun tidak.
Kemudian dibangkitkan pula mengenai isu Tokong yang didirikan secara bercambah di Negeri Kelantan setelah memberitahu bahawa status Negeri itu adalah Negeri Tadahan Wahyu atau Serambi Mekah.
Persoalannya, mengapa beliau tiba-tiba muncul memberi kenyataan yang pedas dalam waktu hari yang berselang-seli kepada Tuan Guru di saat Tuan Guru Nik Abdul Aziz diserang hebat melalui beberapa isu yang dilontarkan oleh pihak musuh?
Tidakkah ini hanyalah untuk menunjukkan keegoan seorang ulama apatah ianya diluahkan menerusi Utusan Malaysia yang kita sendiri tahu akhbar ini tidak lain hanyalah melaporkan sesuatu isu yang penuh dengan agenda tertentu bagi memusnahkan sebuah pemerintahan Islam di Negeri Kelantan.
Oh ya, saya difahamkan Ibrahim Ali semalam begitu beriya-iya ingin berjumpa dan berkenal - kenal dengan Tuan Guru Haji Lah ini. Atas kemahuan apa, saya tidak tahu dan mungkin kita sendiri sudahpun dapat menduga.
Ada orang kata Tuan Guru Haji Lah kempunan untuk masuk UMNO, wallahu'Alam Bissawat.
Berkaitan : Pengasas Pondok Geting tiada tauliah mengajar di masjid? (Harakah daily)

0 comments:
Post a Comment