Tuesday, December 08, 2009

Makluman

Sekadar makluman untuk para pembaca..

Tim sketsa sebuah perjuangan akan berhenti buat sementara daripada mengemaskini sebarang ulasan terhadap apa jua isu yang berlaku dalam negara. Kami akan berehat selama sebulan kerana mahu menumpukan perhatian yang penuh terhadap pembelajaran sebagai persediaan awal bagi menempuh peperiksaan akhir yang bakal berkunjung tiba.

InsyaALlah kami akan kembali pada awal bulan Januari 2010. Salam Maal Hijrah 1431 dan selamat tahun baru dari kami.

Apa-apa pun dalam suasana yang begitu mencabar pada saat ini, bercakap soal kebenaran itu adalah yang hakiki.

Untuk itu, eloklah kiranya kita melihat video ini sebagai tatapan bagi membuang segala kekusutan yang bermain di sarang pemikiran, Insya-ALlah



" Change the way you think "



Sunday, December 06, 2009

Foto-foto demonstrasi di KUIS

Di sini saya melunaskan janji untuk memaparkan beberapa kepingan foto pasca demonstrasi yang dilakukan oleh pihak Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) tempoh hari. Tujuan mereka adalah membantah kenaikan harga yuran pengajian.

Maaflah, lambat diterbitkan. Ada masalah cable bocor kena gigit oleh tikus mongol kah kah kah.


Awal himpunan di mulakan

Tengah bersiap menuju ke medan.

Mulanya tak ramai

Aik, kemudian jadi ramai sebab keterlibatan muslimat yang dilihat lebih kental berbanding muslimin. Betul, pada pengamatan saya.

Tengah berarak menuju ke Dataran Ilmu (Tempat berlangsungnya penyerahan memorandum)

Sampai di Pusat Konvensyen KUIS (PKK), saudara Akram (Tim MPM) mengajak para mahasiswa yang berada di dewan

Mereka keluar bagi menyatakan sokongan

Masuk berpadu. Haishh... Muslimat lagi. Min mana min.

Sampai di Dataran Ilmu. 

Cantik tak pemandangan kolej saya. Selingan iklan sekejap, haha. 


Lihat video ini sekali.



Iklan : Selain daripada menawarkan pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah dan master, kolej ini turut menawarkan beberapa aktiviti sampingan yang boleh dilakukan serta merta tanpa ada sekatan dan kawalan yang ganazz oleh pihak2 tertentu kerana kolej ini amat menjunjung prinsip kebebasan bersuara serta pembentukan ke arah pemikiran yang global oleh seluruh mahasiswa yang ada kah kah kah 

Apa-apa info terkini berkaitan risalah dan hasil jerih perjuangan GMS, anda boleh lihat di sini



 

Saturday, December 05, 2009

segak, cantik, sepadan

Siasat punya siasat cari punya cari, gua ketemu jugak akhirnya.

Kenal tak ini siapa? 


credit sumber


Selamat pengantin baru buat Ust Dzulkhairi Mohd Noor. Moga bahagia sampai ke syurga. (ceh, macam lagu Faizal Tahir pulak, hihi)

Akad sudah nikah pun sudah, lepas ni apa impian yang mahu dikejar...


Friday, December 04, 2009

Gambar program

Di bawah ini dipaparkan beberapa kepingan gambar pasca program Sambutan Bulan Jihad Negeri Selangor pada petang tadi :


Ucapan alu2an oleh al Fadhil Ustaz Farid Ravi AbduLlah selaku Nazir masjid Al - Azhar, KUIS


Penyampaian sajak oleh adik kecil. Turut kelihatan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali.

Dah takde dah gambar, 2 tu jer. Kah Kah Kah


Pamplet Cinta

Kami, menghadiahkan pamplet cinta buat Tok Guru
Sebagai harapan agar terus bertaut pada pepohon yang benar

Katakan sahaja pada mereka yang berani membuat onar
Ke mari, kami mendepanimu

Benci
Hari-hari dimualkan oleh warta berita
Tentang korupsi, tentang doa, tentang kronisme, tentang jawatan, tentang badai yang melanda
Menghalakan fitnah buat dirimu
Bumi yang subur dengan dedaunan Islam yang tumbuh menghijau
Bergoncang seadanya

Apa makna semua ini?

Mahu merampas kuasa
Inginkan impian untuk meroboh Islam
Inginkan hajat untuk mengangkat pemimpin korupsi
Mahu menggalas harapan untuk menjulang kejahatan

Tuan Guru,
Sabarlah terhadap ujian
Kami tak mungkin bergaul dengan mereka
Tangan mereka sungguh kotor
Mulut mereka terlalu keji
Kalam mereka amat busuk

O tak mungkin
Sungguh jahat peribadi mereka

Di sini kami menghadiahkan pamplet cinta buat Tok Guru
Sambutlah, moga terbit penawar mengubat hatimu yang luka

Thursday, December 03, 2009

Sambutan Bulan Jihad Negeri Selangor


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan mengadakan satu program 'Sambutan Bulan Jihad Negeri Selangor' yang akan di adakan sepertimana ketetapan berikut : 

Tarikh : 04 Disember 2009 (Jumaat)                                                             Masa : Selepas Solat Jumaat                                                                    Tempat : Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor          Perasmian oleh : YB Dato Dr Hj Hassan Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor)  

"Para Muslimin Beramai-Ramai Di Jemput Hadir"                                                                         

Wednesday, December 02, 2009

Tunggu apa lagi, tembaklah Najib!


Nama Najib semakin menghantui akibat palitan ke atas kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Sharibuu.

Selagi nama beliau belum dibersihkan, selagi itulah namanya akan disebut-sebut ramai oleh seluruh warga Malaysia tidak kira beberapa keturunan yang ada.

Hari ini Najib memegang M4 carbine seolah - olah mahu mencari siapa pencetus utama terhadap fitnah yang dianggapnya sebagai sangat dahsyat, rekaan, berniat jahat, dan fitnah untuk mencemarkan imejnya.

Kalau saya sebagai Najib, saya tak tunggu lama dah.

Saya cari Mr Bala (PI) yang buat SD tu, saya terus tembak ajer. Habis cerita. Dah takde jalan lain dah nak bendung. Saper tak percaya kepada SD, bodohlah kiranya.

Amacam Najib, ada berani ker. Tembak ajer si Bala tu, tunggu apa lagi... Kikiki


UMNO semakin kuno


Alahaii UMNO, bukankah lebih baik kalau berdemo bagi mendesak penuntutan wang royalti sebagai pertukaran daripada wang ihsan kepada wang royalti.

Golongan inilah yang mual untuk dibicarakan kerana lebih menggambarkan sebagai kedunguan individu sementelahan mereka ini lahir dan tinggal di bumi Kelantan Darul Naim.

Bukankah mereka tidak tahu mana satu penilaian terhadap kezaliman dan kebaikan?.

Apa yang dikatakan zalim itu adalah berniat jahat apabila menafikan hak royalti rakyat Negeri Kelantan, dan bukannya zalim apabila doa itu dipanjatkan kepada perilaku yang bertindak zalim.

Inilah sebenarnya sikap orang UMNO yang lebih menunjukkan kepada kejahilan lantas menggambarkan lagi imej parti itu yang dilihat semakin kuno dan ketinggalan zaman.

Sila lihat video di bawah (credit to pinkturtle and perisik-rakyat)



Tuesday, December 01, 2009

Tuan Guru Haji Lah : Lebih baik diam dari berkata-kata


Siapa gerangan Tuan Guru Haji Lah di dalam memberi kenyataan berhubung tindak - tanduk Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kononnya menyimpang dari landasan Islam sebenar melalui kepimpinan sebagai seorang Mursyidul Am dan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan.

Dua kenyataan yang dihamburkan pada hari ini dan juga lewat beberapa hari yang lalu melalui media Utusan Malaysia, boleh saya sifatkan sekadar mahu mencari publisiti semata-mata.

Saya tidak ingin membuka pekung ulama ini secara keseluruhan kerana kesemua penduduk di Kampung Geting sememangnya sudah tahu dan kenal dari awal lagi Tuan Guru Hj Lah ini.

Saya juga merupakan anak jati kelahiran Kg Geting dan tahu selok belok di sebalik identiti dan perangai Tuan Guru Hj Lah yang disifatkan penduduk sebagai 'kerah keng' dalam mempertahankan pendiriannya yang kononnya hebat di dalam hukum - hakam agama sehinggakan menjaja kehebatannya ke seluruh ceruk-ceruk kampung melalui ceramah yang disampaikannya.

Adapun satu isu yang selalu diungkit-ungkit oleh beliau adalah mengenai isu tupai (isu lama yang dibangkitkan oleh TG Nik Abdul Aziz) samaada tupai yang dibahaskan itu boleh dimakan ataupun tidak.

Kemudian dibangkitkan pula mengenai isu Tokong yang didirikan secara bercambah di Negeri Kelantan setelah memberitahu bahawa status Negeri itu adalah Negeri Tadahan Wahyu atau Serambi Mekah.

Persoalannya, mengapa beliau tiba-tiba muncul memberi kenyataan yang pedas dalam waktu hari yang berselang-seli kepada Tuan Guru di saat Tuan Guru Nik Abdul Aziz diserang hebat melalui beberapa isu yang dilontarkan oleh pihak musuh?

Tidakkah ini hanyalah untuk menunjukkan keegoan seorang ulama apatah ianya diluahkan menerusi Utusan Malaysia yang kita sendiri tahu akhbar ini tidak lain hanyalah melaporkan sesuatu isu yang penuh dengan agenda tertentu bagi memusnahkan sebuah pemerintahan Islam di Negeri Kelantan.

Oh ya, saya difahamkan Ibrahim Ali semalam begitu beriya-iya ingin berjumpa dan berkenal - kenal dengan Tuan Guru Haji Lah ini. Atas kemahuan apa, saya tidak tahu dan mungkin kita sendiri sudahpun dapat menduga.

Ada orang kata Tuan Guru Haji Lah kempunan untuk masuk UMNO, wallahu'Alam Bissawat.

Berkaitan :  Pengasas Pondok Geting tiada tauliah mengajar di masjid? (Harakah daily)


Kenali mereka yang berfahaman rasis

Malaysian Insider hari ini melaporkan ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz bahawa :

“Kami bersetuju untuk menyusun semula BTN kerana sukatannya bertentangan dengan konsep 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.” 

Bagus, bagus.. Inilah sebenar-benar kenyataan yang mahu didengari oleh semua kaum di bumi Malaysia. Jujur di dalam berkata-kata dan tiada dolak-dalih mempertahankan isu yang dikatakan mempunyai unsur yang bersifatkan doktrinasi dan perkauman. Menteri yang bagus adalah menteri yang menunjukkan sesuatu yang benar baik di dalam berkata-kata mahupun dalam tindakan.

Tetapi, bagaimana pula dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato Seri Hishamuddin Tun Husin Onn yang berbeza pendapat menerusi kenyataan Dato Seri Nazri Aziz.

Ini ucapan Hishammuddin :

"Saya pun tidak faham. BTN ini dah wujud lama, kenapa sekarang baru nak timbulkan... mungkin juga mereka bimbang BTN ini pendekatan yang betulbetul berjaya dalam kita hendak membina sebuah negara bangsa dan dalam konsep 1Malaysia"

Ini ucapan Muhyiddin Yassin :

"Jikalau dia (Selangor) tidak mahu, tidak mengapa. Kita tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat,"

Sekarang, kita berhak untuk tahu siapa sebenarnya yang mempunyai fahaman yang betul-betul rasis di sebalik penafian kononnya Biro Tata Negara adalah selaras dengan konsep 1Malaysia. 

Apa nak jadi dengan si anak kecil jangan bermain api...