Saturday, January 16, 2010

Hadiah sejambak bunga


Suarakanlah pada mereka yang selalu dahagakan bunga
Akan ku hadiahkan sekuntum bunga untuk mereka

Andai kamu tahu betapa nilainya keharuman sekuntum bunga
Akan ku harumkan lagi hidupmu dengan sejambak bunga

Andai kamu tahu betapa nilainya kemekaran sejambak bunga
Akan ku mekarkan lagi hidupmu dengan sekalung bunga

Biar kamu dapat tahu
Bahawa duniamu pasti indah dengan kehadiran bunga
Meyalurkan azimat dengan wangian cinta

Hari ini telah tiba masanya
Sejambak bunga ini
Akan ku hadiahkan pada mereka
Mereka yang putus pertalian keluarga
Mereka yang hidup berpeleseran di kota
Meraka yang sedang asyik dilamun cinta
Mereka yang susah di timpa bencana
Mereka yang tandus di bumi merdeka

Melalui pemberian ini
Agar mereka beroleh tahu

Inilah simbol kepada cinta
Inilah simbol kepada kasih
Inilah simbol kepada silaturrahim
Inilah erti sesama kita



5 comments:

Anonymous said...

Inilah simbol kepada cinta
Inilah simbol kepada kasih
Inilah simbol kepada silaturrahim
Inilah erti sesama kita

Nikjoe said...

eh apa copy n paste nie haha

Anonymous said...

tandanya setuju la....

Rifhan said...

'Sketsa sebuah perjuangan' bercerita tentang 'sejambak bunga'. Hmm, I wonder what happened. In that case, I recommend you to read language of flowers.

نيك حافيظول said...

hahaha..

banyak boring maa tahun ini.. fikiran caca merba.. sekali sekala kena jiwang seyh.. ambil bayu yang bertiup..

terima kasih atas saranan itu. blog awak cukup cukup bagus sama sekali.