Tuesday, May 04, 2010

berakhirnya sebuah kisah yang tragis

gua malam nie gua rasa sedih sedikit. bila gua baca berita mengenai kes kematian yang menimpa adik aminulrasyid, gua rasa sebak. jarang gua merasakan begini. mungkin kerana gua berkali - kali melihat potret dan wajah adik aminulrasyid lalu hati gua merasa sedih dan mengatakan tidak sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak polis. kelibat seorang penjenayah sepertimana yang didakwa. oh sama sekali tidak.

mustahil adik ini terlibat dalam kegiatan jenayah justeru mak dia begitu teliti mengenali tingkahlaku dirinya baik di luar mahupun di rumah. gua pun turut menyokong. barangkali kerana tindakan cuai oleh polis terbabit gua rasa marah - marah. ya, sebab tindakan ini tindakan cuai yang melibatkan nyawa.

siapakah gua boleh menentukan hidup dan mati seseorang manusia. andai gua ada kuasa untuk memulihkan nyawa terbabit setelah dibunuhkan nyawa itu dengan senjata yang tajam sekalipun, gua rasa tidak ada masalah bagi gua. sekurang - kurangnya orang boleh merasai apa itu kematian sebentar.

orang itu boleh berehat untuk merasakan kematian sebelum dipulihkan kembali dengan kuasa yang ada pada diri gua. hebat kan gua.

tetapi ini berkaitan nyawa yang tidak mampu untuk dipulihkan dan gua pun tidak ada kuasa. arwah berusia 15 tahun dan baru mendakap kehidupan sebagai seorang remaja sudahpun pergi meninggalkan semuanya. tidak kesampaian untuk meniti jambatan dunia dalam kehidupan sebagai seorang dewasa kelak.

namun, apakan daya. tiada yang bisa mampu menghalang bicara dan tingkah laku. setiap generasi - generasi dahulu dan kini selalu berkata, takdir telah menentukan segala - galanya.

keluarga adik aminulraysid sebulatnya menerima ketentuan itu dengan penuh pasrah dan harapan. segala apa yang dicari hanyalah sebuah keadilan. tetapi sekarang, tunjang keadilan itu sebenarnya berdiri di sebelah siapa? burukkah moral yang dilakukan oleh adik aminulrasyid sehingga ditebus dengan tindakan yang tidak bermaruah seperti itu?

di mana kemaafan? di mana kejujuran yang boleh menyatakan kesalahan dengan penuh keikhlasan?

buangkan rasa rajukan itu. sebaliknya, dengarkan sejujurnya bicara hati oleh tuntutan ramai yang hanya mahukan keadilan dan pembelaan.

sikap sombong dan angkuh itu selalu ada pada diri siapapun apatah lagi dalam watak sebagai seorang hero besar dalam sesebuah organisasi. namun, sekurang - kurangnya pertimbangkanlah. 'win - win situation' itu di mana?

kita tahu kes ini sudah dijelaskan oleh saksi utama yang paling mengetahui hakikat sebenar di sebalik peristiwa yang telahpun berlaku. ternyata, boleh melenyapkan spekulasi yang tidak benar lantas memberikan keadilan yang cukup baik buat adik aminulrasyid.

kesalahan dari segi moral ya. tidak ada lesen. mahu dipenjara ataupun didenda, boleh diterima kerana tindakan yang dibuat adalah betul berdasarkan undang-undang negara. tetapi andai diburu sehingga berakhir dengan kematian yang tragis seperti ini, sama sekali tidak boleh diterima. tiada langsung bukti - bukti yang boleh menimbulkan bahaya yang serius buat petugas.

sebenarnya, ratapan dan keluhan apa sebenarnya yang sedang di cari oleh rakyat, khususnya oleh keluarga adik aminulrasyid ini?

mahu meminta nyawa kembalikah? tidak!

mahu menghukum pesalah dengan segera mungkinkah? tidak!

apa yang dicari itu hanyalah sebuah keadilan, sebuah pembelaan, dan sebuah ketelusan pembicaraan dengan berpandukan kepada perkara yang benar. ini harapan. andai semuanya berpaksikan kepada prinsip keadilan, segalanya boleh diterima. tidaklah mahu disalahkan kepada integriti yang dikatakan cemerlang itu.

hari ini, mungkinkah ada harapan yang cerah untuk hari - hari yang mendatang nanti. tidak tahu bagaimana. doakan segalanya terus-menerus memberi kesejahteraan buat rakyat, negara, dan semua bangsa yang ada di negara kita.

semoga kes ini bakal memberi penyudahan yang memuaskan hati semua pihak seterusnya memberikan keadilan yang sewajarnya buat keluarga si mangsa. insyaALlah.

terapkan integriti cemerlang, justice for aminulrasyid!