Thursday, December 30, 2010

kehidupan

lama sungguh tak menulis. padahal kalau luang sedikit masa untuk menulis apa - apa berita mahupun cerita, apa salahnya. tidak ada sebarang halangan besar yang bisa menghalang untuk menulis di sini.

tangan ni tak berat pun nak menulis. kalau nak diikutkan, mahu saja saya menulis pelbagai kisah yang telah berlalu melewati masa, bermacam-macam. suka duka semuanya ada.

masalahnya, ketidakinginan sahaja yang menjadi punca. tu je.

oh ya, apa khabar kehidupan anda hari ini? harap baik sepertimana yang
selalu saya harapkan. saya lebih suka untuk memerhati kehidupan orang lain berbanding kehidupan diri sendiri. bukan sibuk2 untuk menjaga hal orang, tapi ingin mempelajari sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat untuk diri ini. yang baik, saya jadikan panduan berserta asas pegangan yang kukuh untuk kehidupanku.

life bagi saya, adalah susah. siapa berani kata kalau kehidupan yang dijalani itu senang sesenang senangnya. kecuali kalau dia tu anak raja, kan? mestilah senang. tapi hakikatnya kita ni rakyat biasa sahaja. rakyat marhean yang hidup mencari sesuatu yang terbaek demi kelangsungan hidup kita. hidup yang berlarutan sehinggalah ke peringkat yang terakhir sekali, di waktu nyawa kita sedang dicabut oleh malaikat.

kita tahu, hidup, hanyalah sekali, tidak ada istilah dua mahupun tiga dalam kehidupan ini. justeru, disebabkan kehidupan hanyalah sekali sahaja, serta tidak ada ulang-ulangan, maka kita mengkehendaki sesuatu yang amat bermakna untuk kehidupan tersebut.

susah sesusah manapun, kita hadapi, asalkan ianya memberi pulangan yang berfaedah untuk diri, keluarga, teman-teman bahkan juga masyarakat. kalau tidak ada pulangan untuk hari ini, mungkin akan ada di hari esok, lusa, ataupun di hari selepas kematian nanti. kita yakin dengan sepenuh keyakinan pada ketentuan ilahi. kalau buat sesuatu perkara kena pada kehendak tuhan, inshaAllah tuhan akan membalas dengan seribu ganjaran kepada kita kelak, betul tak?

suka untuk saya mengingat, kita kalau hidup di mana-mana destinasi sekalipun, kena hadapi dengan sebaik mungkin. baik seorang diri, bersama keluarga, bersama teman dan sebagainya, harus kita tempuh dan jalani dengan segala kudrat yang ada. kerana, harus difahami bahawa apa yang terselindung disebalik itu, kita telah ditakdirkan untuk memegang watak sebagai seorang yang bernama MANUSIA.

manusia yang dianugerahkan seribu keunikan serta dibekalkan elemen2 hebat seperti akal, roh, jiwa, fikiran, emosi, nafsu, dan lain-lain.

dan sebagai seorang muslim kita percaya, hidup yang dianugerahkan oleh tuhan kepada kita ini, haruslah dilalui dalam bentuk kefahaman yang jelas. fokus kepada kehidupan ini adalah menuju tuhan. kita diikat dengan kontrak sebagai hamba dan khalifah. justeru, harus memahami tanggunggjawab dan peranan yang sebenar sebagai seorang khalifah di bumi ALlah. bila memahami secara jelas dan teliti, inshaAllah kita boleh menggapai visi dan misi dunia yang akhirnya memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada hidup kita, baik di dunia mahupun akhirat nanti.

inshaAllah kita sama2 menuju ke arahnya.. yang penting, kita hidup dan jangan pernah berhenti melangkah, yang akhirnya bakal membuat kita tertewas dengan kehidupan yang kita lalui itu! :)



0 comments: